Bendera

Isnin, 5 November 2012

Pembelajaran Secara Konstruktivisme

Pembelajaran Secara Konstruktivisme-1

Apakah Konstruktivisme?

“ Constructivism ia an approach to teaching based on reseach about how people learn. Many researchers say that each individual constructs knowledge rather than receiving it from others. (McBrien & Brandt,1997 ) 
 
(Konstruktivisme adalah astu pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan bukannya hanya menerima pengetahuan daripada orang lain) 

“ They are constructing their own knowledge by testing ideas and approaches based on their prior knowledge and experience, applying these to a new situation and integrating the new knowledge gained with pre-exisiting intellectual constructs.” ( Briner, M.,1999 ) 

 (Murid membina pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada,mengaplikasikannya kepada situasi baru dan mengintegrasikan pengetahuan baru yang diperoleh dengan binaan intelektual yang wujud)

Pembelajaran Secara Konstruktivisme-2

“ Constructivist theory posits that students make sense of the world by synthesizing new experiences into what they have previously understood. They form rules through reflection on their interaction with objects and ideas. When they encounter an object, idea or relationship that does not make sense to them, they either interpret what they seen to conform to their rules or they adjust their rules to better account for the new information.” ( Brooks & Brooks, 1993 ) 

(Teori konstruktivis  memenyatakan bahawa murid membina makna tentang dunia dengan mensentesis pengalaman baru kepada apa yang mereka telah fahami sebelum ini. Mereka membentuk peraturan melalui refleksi tentang interaksi mereka dengan objek dan idea. Apabila mereka bertemu dengan objek, idea atau perkaitan yang tidak bermakna kepada mereka, maka mereka lihat supaya secocok dengan peraturan yang mereka telah bentuk atau mereka akan menyesuaikan peraturan mereka agar dapat menerangkan maklumat baru ini dengan baik)

“ Konstruktivisme adalah tidak lebih daripada satu komitmen terhadap pandangan bahawa manusia membina pengetahuan sendiri. Ini bermakna bahawa sesuatu pengetahuan yang dipunyai oleh seseorang individu adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh individu tersebut, dan bukan sesuatu maklumat atau pengajaran yang diterima secara pasif daripada luar. Pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada pemikiran seseorang individu kepada pemikiran individu yang lain. Sebaliknya, setiap insan membentuk pengetahuan sendiri dengan menggunakan pengalamannya secara terpilih ” ( Nik Azis Nik Pa, 1999 )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elegant Rose - Working In Background

 

Terima Kasih Di Atas Kunjungan Anda :)