Bendera

Isnin, 5 November 2012

KONSTRUKTIVISME

KONSTRUKTIVISME-1

Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. 

Ciri-ciri pembelajaran secara konstruktivisme
• Menggalakkan soalan/idea yang dimulakan oleh murid dan menggunakannya sebagai panduan merancang pengajaran 
• Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh murid 
• Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu idea 
• Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen 
• Menggalakkan murid bertanya dan berdialog dengan murid dan guru 
• Menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan hasil pembelajaran 
• Menyokong pembelajaran secara koperatif 
• Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi murid 
• Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan memahaminya melalui penglibatan murid dengan situasi dunia yang sebenar 

Kelebihan Pembelajaran Secara Konstruktivisme 
• Lebih berfikir 
• Lebih faham 
• Lebih ingat 
• Lebih yakin 
• Lebih berkemahiran social 
• Lebih seronok 

KONSTRUKTIVISME-2

Peranan murid dan guru serta cabaran dalam kelas Konstruktivisme 

Peranan Murid 
Murid mengambil inisiatif mengemukakan soalan-soalan dan isu, kemudian secara individu mereka membuat analisis dan menjawab soalan-soalan itu. Mereka bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri dan boleh menyelesaikan masalah. 
• Murid selalu berbincang dengan guru dan sesame mereka. Perbincangan itu akan membantu murid mengubah atau mengukuhkan idea-idea mereka. Jika murid itu berpeluang mengemukakan pendapat mereka dan mendengar idea orang lain, murid tersebut dapat membina asas pengetahuan yang mereka faham. 
• Murid mencabar hipotesis yang telah dibuat dan digalakkan berbincang untuk membuat ramalan. Murid diberi banyak ruang dan peluang untuk menguji hipotesis mereka terutamanya melalui perbincangan dalam kumpulan.  
• Murid menggunakan data dan bahan-bahan fizikal, manipulative atau interaktif untuk menolong mereka menjana idea dan pengetahuan. 

Peranan Guru 
• Menggalakkan murid menerangkan idea mereka serta menghargai pandangan mereka. 
• Menstruktur pelajaran untuk mencabar persepsi murid. Membantu murid menyedari kerelevanan kurikulum kepada kehidupan mereka. 
• Mentaksir pembelajaran melalui aktiviti harian di kelas, bukan hanya dalam bentuk ujian bertulis. 
• Menggalakkan murid membuat tugasan yang berbentuk penyelesaian, menganalisis, meramal, meneroka dan membuat hipotesis. 
• Menggalakkan murid menerangkan lebih lanjut jawapan mereka. 
• Menggalakkan penemuan oleh murid melalui pertanyaan soalan bercapah dan menggalakkan murid menyoal murid yang lain. 
• Memberi masa secukupnya kepada murid untuk menjawab soalan setelah soalan dikemukakan. 
• Memberi masa secukupnya kepada murid untuk membuat perkaitan antara idea-idea yang telah dijanakan. 
• Menggalakkan pembelajaran koperatif dalam menjalankan tugasan tertentu. 
• Membimbing murid mendapatkan jawapan yang tepat. 

Cabaran Guru Konstruktivisme
• Guru merasa mereka tidak mengajar 
• Amalan yang dimajukan dalam pembelajaran secara konstruktivisme dianggap tidak realistic 
• Guru merasa bahawa penerangan mereka tidak penting lagi. 
• Kawalan kelas agak merosot 
• Guru yang sedang menukar cara mengajar kepada pendekatan konstruktivisme memerlukan sokongan profesionalisme serta pengukuhan keyakinan daripada pihak sekolah. 

Kesulitan yang dihadapi dalam melaksanakan pembelajaran secara konstruktivisme harus dianggap dan dipandang sebagai cabaran yang perlu diatasi oleh guru.

2 ulasan:

  1. Senorok. Cikgu boleh letak 'Followers' gadget supaya orang lain dapat join jadi member / follower?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas cadangan saudari,akan diambil tindakan untuk penambahbaikkan pembangunan blog ini.

      Padam

Elegant Rose - Working In Background

 

Terima Kasih Di Atas Kunjungan Anda :)