Bendera

Khamis, 6 Disember 2012

Rancangan Pelajaran Harian (RPH) Bahasa Malaysia

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
BAHASA MALAYSIA TAHUN 3

Mata Pelajaran dan Kelas
Bahasa Malaysia Tahun 3 Bestari
Tema/Tajuk
Kebudayaan – Kain Songket
Masa
8.30 – 9.30 pagi
Standard Pembelajaran
2.2.1 Membaca dan memahami perkataan berimbuhan awalan dan berimbuhan  akhiran dalam ayat daripada pelbagai bahan bacaan dengan sebutan yang  betul.
Objektif Pembelajaran
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat;
i. Membaca petikan  dengan intonasi  dan sebutan  
   yang betul.
ii.Membaca dan memahami perkataan berimbuhan  
 awalan dan imbuhan akhiran dalam ayat daripada  
petikan.
Aktiviti
  1. Guru menunjuk kad gambar kain songket.
  2. Membaca petikan secara kelas.
  3. Membaca petikan secara individu.
  4. Membaca beberapa perkataan berimbuhan  awalan , berimbuhan akhiran dan ayat.
  5. Main peranan sebagai penjual dan pembeli. (Keusahawanan)
  6. Berbincang  dalam kumpulan menyenaraikan perkataan lain berimbuhan awalan dan akhiran yang diketahui.
  7. Membuat pembentangan  hasil perbincangan.
  8. Guru membuat rumusan hasil pembentangan murid.
EMK
Nilai Murni – Berani mencuba
Keusahawanan – sikap dan pemikiran keusahawanan
TMK – belajar melalui TMK
Bahan Bantu Belajar
Radio/komputer, slaid powerpoint gambar-gambar tunggal, kad gambar, lembaran kerja
Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran
Murid membaca beberapa perkataan berimbuhan awalan dan akhiran.
Refleksi
20 orang daripada 25  orang murid  telah mencapai objektif P&P.
Murid yang belum menguasai akan diberi bimbingan membaca.
Murid yang telah menguasai akan diberi latihan pengayaan ( Membina ayat daripada perkataan berimbuhan awalan dan akhiran )

2 ulasan:

  1. assalammualaikum, tq atas info ini. jika cgu ada sukatan bm tahun 4 hingga 6 yang terkini, mohon diemelkan kepada saya di alamat sabariahasrizal@gmail.com. terima kasih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. walaikummusallam.
      Cikgu boleh layari laman web Bahagian Pembangunan Kurikulum untuk sukatan yang terkini.Terima kasih.

      Padam

Elegant Rose - Working In Background

 

Terima Kasih Di Atas Kunjungan Anda :)