Bendera

Rabu, 12 Disember 2012

Peribahasa Salah Satu Bidang Dalam Sistem Bahasa Selain Kosa Kata

Peribahasa adalah salah satu bidang dalam sistem bahasa selain kosa kata. Kedua-dua bidang ini adalah pelengkap terhadap kemahiran berbahasa. Peribahasa ialah susunan bahasa yang indah,
digubah berdasarkan kehidupan seharian masyarakat Melayu tradisional. Gaya bahasa yang menarik serta panduan yang tersurat dan tersirat dalamnya menjadikan peribahasa sangat  relevan dengan penampilan budaya dan jati diri Bahasa Melayu.Dalam budaya Melayu, peribahasa mempunyai peranan sebagai :
i.                     Bahan pengajaran yang mengandungi nasihat dan pedoman
ii.                   Gambaran kehidupan masyarakat Melayu tradisional.
iii.                  Teguran dan sindiran yang halus serta sopan
Berdasarkan bentuk dan fungsinya, peribahasa dapat dikategorikan kepada beberapa jenis seperti berikut:
i.                     Simpulan bahasa- ungkapan yang biasanya terdiri daripada dua atau tiga perkataan dan mempunyai makna yang berlainan sama sekali daripada makna asal perkataan-perkataan tersebut.
Contoh : Buka mulut – bercakap
               Orang asing – warganegara negara lain

ii.                   Perumpamaan – perbandingan makna yang sangat jelas kerana didahului oleh perkataan ‘seolah-olah’ , ‘ibarat’, ‘bak’, ‘seperti’, ‘laksana’, ‘macam’, ‘bagai’ dan 'umpama’. Istilah pinjaman Inggeris bagi perumpamaan ialah ‘simili’
Contoh : ibarat mencangkul angin,
               Bagai burung dalam sangkar, mata terlepas  badan terkurung.

iii.                  Pepatah – disebut juga perbilangan iaitu ungkapan yang berasal usul daripada pusaka adat resam. Makna ungkapan itu tidak berubah-ubah. Pepatah berfungsi sebagai pedoman hidup anggota masyarakat yang mengamalkan sesuatu adat resam. Pepatah memiliki ciri-ciri puisi tradisional Melayu.
       Contoh : Patah lidah alamat kalah, patah keris alamat mati.
                      Nak kaya berdikit-dikit, nak ramai bertabur urai.

iv.                 Bidalan – pepatah atau peribahasa yang berfungsi sebagai nasihat.
          Contoh : Habis akal, barulah tawakal
                          Jika pandai menggunting, hendaklah pandai menjahitnya.

v.                   Perbilangan – seakan-akan bidalan dan pepatah juga, tetapi perkataan-perkatannya berenggan-renggan dua tau lebih, disebut satu-satu seperti orang membilang, dan isinya kebanyakan hampir-hampir sudah jadi seperti undang-undang yang tetap.
  Contoh : Hidup dikandung adat,
                                 Mati dikandung  tanah
      
                              Datang nampak muka
                                  Pergi nampak belakang

vi.                 Lidah pendita – perkataannya bijak, pendek, sedap, benar dan berisi. Biasanya dipetik daripada buku-buku atau percakapan orang yang bijak-bijak.
          Contoh : Muafakat itu berkat,
                              Dengan muafakat dapat diangkat.

                          ● Jangan pandang orang yang berkata ,
                              Pandang apa yang ia kata.

vii.                Tamsil - ertinya yang asal ialah memberi misalan, dengan makna yang berkias yang membanding secara terang-terang tetapi panjang dan kerap mengandungi pengajaran dan teladan, baik dikatakan dengan pepatah yang sudah masyhur atau dengan perkataan yang direka-reka.
           Contoh : Macam daun terap, bunyinya deguh-degah, tetapi jatuh ke tanah 
                              berdesir sahaja.
                                ● Kayu mati berpunggur, manusia mati biar bernama
      
viii.             Ibarat – ikatan bahasa yang menyatakan sesuatu maksud dengan perkataan yang berkias, zahir, perkataannya lain dan maksud yang dikehendaki lain. Ibarat juga terdapat dalam pantun kanak-kanak.

                                      Contoh : ● Kalau tuan pandai ibarat
                                                        Apa binatang keris di kaki?
Elegant Rose - Working In Background

 

Terima Kasih Di Atas Kunjungan Anda :)